Friday 28 June 2013

ICON SOHONITA MALAYSIA ♥♥ CDM SALHA ZAIN♥♥

Assalamualaikum....

Kali ni entry sal mentor yang hebat dalam business online..Mesti ramai dah kenal kan? Meh2 kita tengok gambaq dulu hehe..


CDM SALHA ZAIN


Sebelum beliau start buat business bersama Hai-O , beliau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa setelah beliau meletakkan jawatan Pengurus di sebuah bank antarabangsa di Malaysia. Pada masa tu beliau berhasrat untuk membantu suami menambah pendapatan keluarga.


CDM SALHA ZAIN 

Bermula dari niat nak tolong suami , beliau memulakan bisnes Hai-O bermula dengan baki simpanan di bank hanya sebanyak RM14.60..Siapa sangka sekarang pendapatan beliau mencecah 6 angka..

Melalui perniagaan bersama Hai-O,  kejayaan demi kejayaan telah di kecapi...hanya hampir 4 tahun sahaja berbisnes, beliau berjaya melancong ke 12 negara bersama-sama rakan kongsi beliau ke Switzerland, Jerman , Australia, Hong Kong, Holland, Belgium, Vietnam, China, London dan Paris, dan yg terbaru ialah Korea..







Dengan bisnes ini juga beliau berjaya menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang beliau impikan sejak dari kecil lagi seperti Palace of Varsailles, the Lourve Museum, taman bunga tulips di Kuekenhof dan juga puncak pergunungan Alps.Ni antara gambar2 beliau semasa melancong..free vip trip...semua company sponsor...she deserve it. 

Semua insentif yang di tawarkan oleh syarikat telah beliau capai dan beliau juga berjaya melahirkan beberapa orang rakan kongsi beliau berpangkat Crown Diamond Manager pada setiap tahun.

Bukan je melancong untuk keluarga sendiri malah beliau  dapat menunaikan impian setiap anak untuk membawa kedua ibu bapa menunaikan haji..Bayangkan perasaan mak ayah kita kalau kita dapat bawa diorang tunaikan haji...Bangga dengan kak Salha sebab berjaya tunaikan impian dia yang suci murni tu..

Kejayaan demi kejayaan telah dikecapi bersama rakan kongsi beliau sehingga dikagumi oleh pihak media tempatan dan juga antarabangsa..Pada tahun pertama sahaja, beliau telah terpilih untuk menjadi penal oleh rancangan Hujah di TV9 kerana menjadi pencetus revolusi membawa product Premium Beautiful di Facebook dan telah terbukti berjaya..

Bukan itu sahaja, kejayaan beliau bersama rakan-rakan kongsi di Top Leaders Circle iaitu TLC telah dijemput pihak media untuk berkongsi pengalaman dalam majalah Hijabista dalam 8 keluaran berturut-turut...Selain itu, berita kejayaan beliau dan TLC juga telah menjadi perhatian oleh pihak akhbar dan televisyen No.1 Malaysia iaitu akhbar Berita Harian, The Star, New Straits Times, Kosmo rancangan Astro Awani, TV3, TV1, dan rancangan Bernama...

Kejayaan beliau juga telah menjadi perhatian pihak media antarabangsa dan beliau terpilih oleh sebuah majalah online terkemuka iaitu majalah "Worthy Magazine" dari New York, Amerika Syarikat..

Dan pada tahun ini beliau telah dinobatkan gelaran "Ikon Sohonita Malaysia" oleh Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil, Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga kerana kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia dan membantu usahawan-usahawan berniaga secara online..beliau juga telah dijemput untuk menjadi ahli panel pada forum-forum keusahawanan untuk para wanita dari seluruh negara anjuran Sohonita Malaysia.. 

"Never say never" ialah prinsip hidup beliau yang tidak mengenal erti mengalah kerana segala halangan, cabaran ataupun kegagalan ialah hanya satu proses untuk mendapat kejayaan lebih besar pada beliau segala impian boleh menjadi kenyataan kerana semuanya hanya terletak di minda...

No comments:

Post a Comment