Saturday 12 March 2016

BIO SELEZA - JOM TUKAR TUALA WANITA

Sejarah Tuala Wanita

wanita dan tuala wanita sangat berkait rapat


Sepanjang zaman wanita telah menggunakan pelbagai bentuk perlindungan haid. Tuala wanita telah diketahui wujud pada awal abad ke-10, di Suda iaitu suatu tempat di Greek. 
Pad pakai buang pada permulaannya direka dengan jururawat menggunakan pembalut pulpa kayu untuk menangkap aliran haid mereka, mewujudkan pad yang telah dibuat daripada bahan-bahan mudah diperolehi dan cukup murah untuk buang selepas digunakan. 



Reka bentuk ergonomik dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat tuala wanita juga berubah melalui tahun 1980-an untuk hari ini.

Tuala wanita membuat kemunculan semula sekitar tahun 1970-an , dengan populariti mereka meningkat dalam lewat 80-an dan awal 90-an . Sebab wanita akan menukar kepada tuala wanita termasuk keselesaan, penjimatan masa ke masa, kesan alam sekitar dan sebab-sebab kesihatan.

Terdapat banyak gaya tuala wanita yang terdapat hari ini di mana terdapat pelbagai jenis tuala wanita yang terdapat di pasaran sekarang.

Kronologi masalah sakit puan




Tapi tanpa kita sedar tuala wanita boleh menjadi punca kepada maslah kesihatan wanita.
Sebenarnya, tuala wanita yang terdapat di pasaran bukanlah 100% kapas. Sebenarnya ia dihasilkan dari serbuk kayu pulpa yang dilunturkan menggunakan beberapa jenis bahan kimia sehingga bertukar menjadi warna putih. 

Nak tukar dari warna asal kepada warna putih, suci dan bersih adalah menggunakan agen peluntur yang kuat termasuklah yang dipanggil Klorin dan melalui kaedah pengklorinan sebanyak 6 kali proses pelunturan. Bahan kimia yang digunakan menghasilkan tuala wanita yang putih bersih tetapi penuh dengan bahan kimia kerana proses pelunturan tersebut menghasilkan sejenis karsinogen (bahan penyebab kanser) yang disebut dioksin.  . Jadi belum tentu kesemua bahan kimia yang digunakan dalam proses pelunturan tadi hilang. Berkemungkinan besar masih ada yang tertinggal pada serbuk kayu tadi sebelum digembur untuk menaikkan rasa gebu yang mana seakan sama fungsinya seperti kapas.




Apabila kesemua proses telah selesai, syarikat-syarikat tuala wanita akan mengambil bekalan tersebut untuk dipatenkan sehingga menjadi tuala wanita yang ada sekarang. Kalau di dalam televisyen, di dalam iklan tuala wanita yang menceritakan tentang design terbaru, bentuk yang fleksibel dengan aliran udara dan bermacam-macam lagi. Sama juga dengan lampin bayi pakai buang yang dijual di pasaran serta lampin orang tua. Konsep dan cara pembuatan adalah lebih kurang sama.

Bahaya Dioxin

Dioksin

Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengelaskan DIOKSIN sebagai karsinogen kelas pertama kepada manusia. Kajian perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan DIOKSIN dalam tahap yang rendah, ia masih mampu menyebabkan kanser payudara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, kemandulan, keguguran dan sakit puan yang lain.

Bagaimana Dioksin boleh meresap ke dalam rahim??



Katakan sekali pemakaian tuala wanita = 1 kali dioksin diserap. Maknanya sekiranya anda mula menggunakan tuala wanita pada usia 12 tahun, dan jika kini umur anda adalah 28 tahun, maka anda telah telah menyerap sebanyak 16 tahun dioksin ke dalam faraj anda.

1 kali pakai      = 1 dioksin

Sekali haid       = 6 hari

Sehari              = 3 keping tuala wanita (mungkin juga lebih)

Sebulan            = 18 keping

Setahun            = 216 keping

16 tahun          = 216 x 16 = 3456 keping

Itu baru pengiraan untuk penggunaan tuala wanita, belum lagi pantiliner. Pantiliner digunakan setiap hari (3 atau 4 keping sehari). Cuba bayangkan dah berapa banyak dioksin yang diserap?? 

Kajian juga membuktikan bahawa setiap wanita menggunakan lebih kurang 15000 keping tuala wanita sepanjang hayatnya (lebih kurang 35 tahun sebelum menapous
Jadi dah tahukan apa keburukan memakai tuala wanita di pasaran biasa?


Dioksin juga menyebabkan:

* Ketidakstabilan hormon
* Kanser Payudara
* Kanser Ovari
* Kanser Usus
* Endometriosis
* Kemandulan
* Fibroid
* Keguguran
* Jangkitan pada uterus
* Melemahkan sistem imuniti badan

Bahaya dioksin

DIOKSIN ni akan diserap oleh faraj dan masuk ke dalam rahim kita dan risikonya, sel-sel KANSER akan diaktifkan.

Selain itu, risiko lain DIOKSIN ini akan mengaktifkan sel FIBROID , menggalakkan pembiakan bakteria dan sebagainya. 

Semua wanita ada fibroid. Yang bezanya sama ada fibroid tersebut aktif atau tak. Tapi, tahu ke kita sama ada fibroid kita tu aktif ke tak aktif kan. Sehinggalah fibroid kita membesar dan terus membesar sehingga kita kelihatan seperti mengandung! Pernah dengar istilah “busung”? Ada segelintir wanita dikatakan mengalami busung disebabkan fibroidnya membesar dan sekaligus membengkak. 

Selain itu, masalah wanita lain yg majoriti mengalaminya adalah SENGGUGUT setiap kali datang bulan/haid.

Period Pain

Memang setiap wanita di dunia ni ada mengalami masalah SENGGUGUT. Tetapi apa yang membezakan adalah dari segi kekuatan sakit SENGGUGUT setiap individu. SENGGUGUT yang normal tidak akan menjejaskan kehidupan harian. Tapi ia menjadi tidak normal jika, apabila datang haid, sakit SENGGUGUT yang dialami terlalu kuat sehingga wajah dan badan menjadi pucat, hampir pengsan dan yang paling teruk sehingga perlukan injection ubat tahan sakit.

Begitu juga dengan CYST


Cyst adalah salah satu penyebab sukarnya mengandung kerana dalam sesetengah kes,apabila dibedah dan dikeluarkan cyst, ada janin yang terhimpit di dalam cyst. Walaupun cyst berjaya dibuang, ianya akan tumbuh kembali kerana cyst ini ada ‘ibu’nya. Dalam pemeriksaan kesihatan yg dibuat, cyst banyak menyerang wanita yang berusia 23 tahun ke atas. Tidak terkecuali wanita yang sudah berkahwin mahupun yg masih bujang. 

Banyak lagi masalah-masalah sakit puan yang lain. Faktor-faktornya mungkin kerana corak pemakanan yang tidak sihat, kehidupan seharian yg tidak aktif, tidak cergas, pendedahan kepadan bahan-bahan kimia sama ada daripada persekitaran, daripada kosmetik atau daripada bahan2 kegunaan seharian contohnya seperti PEMAKAIAN TUALA WANITA BIASA di pasaran. 

Kenapa pad biasa bahaya dan Apa risikonya?



Kebanyakan pad biasa di pasaran diperbuat daripada recycle paper atau serbuk kayu pulpa yang telah diputihkan menggunakan peluntur selama 30jam. 
Apabila haid, darah yang panas akan bertindakbalas dengan bahan peluntur yang ada dalam pad tersebut dan membebaskan 1 bahan kimia yang sangat bahaya.
130 kali ganda berbahaya daripada arsenik (racun pembunuh yang senyap) iaitu DIOKSIN. 


CIRI-CIRI TUALA WANITA BIASA

Contoh tuala wanita biasa


=> Pembungkusan Yang Tidak ’Hygienic’

Pembungkusan di kilang masih secara manual.
Pembungkus yang tidak boleh ditutup semula setelah dibuka. Mudah tercemar habuk, bakteria, kulat dan lembapan.

=> Penuh dengan bakteria

”Kandungan bakteria 11 x lebih tinggi dari piawaian antarabangsa”. 
Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kegatalan pada alat sulit wanita. – Laporan Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 1987

=> Tiada tarikh luput (Expiry Date)

Hampir semua pad dipasaran tidak mempunyai tarikh luput. Ada pad yang telah berubah warnanya menjadi kekuning-kuningan masih dijual dikedai-kedai. Berapa pastikah anda ia tidak akan menjejaskan anggota sulit anda?

=> Pelapik Luar Tidak Telus Haba

Menyebabkan haba dari suhu darah haid terperangkap, alat sulit menjadi lembap dan tidak selesa.

=> Tiada Bahan Anti-Bakteria

Pad wanita adalah tempat pembiakan bakteria yang paling ideal kerana terdapatnya protin didalam darah haid. Bakteria dengan mudah masuk kedalam badan melalui vagina dan melemahkan sistem imuniti badan. Bakteria akan memasuki ke dalam sistem badan hanya dalam tempoh 2 jam sekiranya haid ini tidak dicuci.



Dah banyak pendedahan dan kajian berkaitan yang menunjukkan bahayanya tuala wanita biasa. Dan ingatlah bahawa sel kanser mengambil masa 1-14 tahun utk menampakkan diri. Lebih baik mencegah kan.

Tuala wanita yang selamat memang banyak kat pasaran sekarang ni. Tapi apa salah nye bertukar pada yang lebih memberi kesan sihat dan selamat.Memang pad biasa harganya MURAH…tapi perlu ada kesedaran bahawa aset kewanitaan kita harganya TAK TERNILAI sekiranya ianye di ragut penyakit yang biasanya menjadi pembunuh utama wanita masa kini.

Jom ubah kepada tuala wanita yang lebih selamat dan terjamin untuk menjaga kesihatan dan aset kita sebagai seorang wanita.

Jom tukar ke Bio Seleza 


Ok.nati mext entry tie share pasal bio seleza ye..

Monday 7 March 2016

DOA UNTUK DIKONGSI




Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah masih di beri kesihatan yang baik dan di beri sedikit ruang masa untuk tie berkongsi serba sedikit dari himpunan doa yang ada dalam simpanan tie..

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda..

DOA UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT




DOA BAHAGIA SUAMI ISTERI





DOA PEMANIS WAJAH

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii SajidinBermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”



DOA UNTUK ANAK-ANAK SYURGA KITA 




DOA UNTUK PERLINDUNGAN ANAK-ANAK




DOA UNTUK TAMBAH SUSU IBU




DOA KETIKA ANAK SYURGA KITA SEDANG TIDUR.
SAMA- SAMA KITA AMALKAN


Semoga perkongsian yang tak seberapa ni berguna untuk kita semua.Boleh la kita amalkan sama-sama ye..Ok la..lain kali kalau ada lagi, nati tie akan share lagi ye...


HERBA MAHARANI UNTUK KESEJAHTERAAN WANITA MASA KINI

Apakah itu Herba Maharani?



Herba Maharani atau nama sebenarnya, Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming. Ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan. Beijing Te Zhi Bai Feng Wan menggabungkan banyak jenis ubat yang berharga dan dihasilkan melalui teknologi terkini. Ia bersifat halus, lembut, rasa wangi dan tulen, berkesan dalam menambahkan tenaga dan darah, juga menyelaras kitaran haid wanita.

Preskripsi asal Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming, ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan.


Ramuan

Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.

Kesan pengambilan

Herba Maharani dibuat daripada pelbagai jenis ubat tradisional yang berharga, mempunyai kesan dalam menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.

Herba Maharani membantu anda mengawalatur peredaran haid supaya menjadi tetap & menguatkan badan. Jadi, ia menambahkan peluang untuk mengandung.


Kebaikan Herba Maharani

  1. Melegakan masalah wanita & gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)
  2. Amalan yang baik kepada wanita selepas bersalin (menguat & mengecutkan otot rahim, saluran peranakan)
  3. Melegakan sakit pinggang & belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya
  4. Mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita
  5. Awet muda, menegang & memberi keanjalan kulit
  6. Menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme

Keberkesanan

  • Menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid dan mengawal keputihan.
  • Melegakan ketidakselesaan kitaran haid dan putus haid.
  • Menyelaras rembesan endokrin dan sistem pembiakan wanita.
  • Menguatkan tenaga dan stamina






Perhatian:

  • Ibu mengandung dilarang mengambil.
  • Dilarang mengambil makanan yang mentah dan sejuk dalam tempoh pengambilan ubat.
  • Tidak sesuai diambil ketika selsema.
  • Mereka yang mengalami haid berlebihan harus merujuk kepada doktor.


Cara Pengambilan



Cara pengambilan herba maharani

Cara makan Herba Maharani yang disyorkan adalah 25-50 biji pil kecil sekali sehari.
Mulakan makan Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid).

Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan.
Tapi kalau nak makan malam pun boleh.
Makan mestilah bersama air suam.

Herba Maharani ni mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba.

Sebaiknya mulakan dengan 25 biji dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong/mineral. Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji.

Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil herba

Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period jangan makan)
Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak , stop untuk bulan itu, sambung selepas period)
Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak ,stop untuk bulan itu, sambung selepas period)

Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, hentikan makan Herba Maharani seketika hingga period seterusnya datang. Lepas period ulangi cara makan yang sama.


Nota :
Jika anda rasa badan panas (sakit kerongkong, pertumbuhan jerawat) selepas makan, anda boleh guna satu cara alternatif yang berikut:

(a) Makan separuh biji bola kuning (=25 pil hitam kecil) sekali
(b) Minum air garam waktu makan
(c) Minum lebih banyak air


Tips Pengambilan

Elakkan makanan yang bersifat ’sejuk’ seperti salad dan watermelon. Begitu juga dengan teh kerana mengandungi kafein. Anda juga perlu memberi perhatian sama ada badan anda terasa ‘heaty’ selepas mula makan Herba Maharani. Jika rasa ‘heaty’, anda boleh mengikut salah satu cara yang berikut :

  (a) Kurangkan pengambilan kepada 25 biji hitam kecil
  (b) Minum air garam semasa mengambil Herba Maharani

Pengambilan 6 hari berterusan selepas period boleh membantu menguatkan tubuh dan membekalkan nutrien kepada badan sebelum waktu pengovulan. Walau bagaimanapun, cara pengambilan Herba Maharani juga bergantung kepada kemampuan, keadaan dan ketahan badan individu. Jika tiada masalah ‘heaty’ selepas anda makan berterusan selepas period anda kali ini dan sehingga period yang seterusnya, anda boleh makan mengikut cara ini, dan tidak terhad kepada 6 hari sahaja.


Nota : Tiada masalah untuk anda mengambil Herba Maharani dan produk lain pada masa yang sama, cuma diingatkan makan produk-produk ini pada waktu yang berasingan. Jika anda terasa sebarang ketidakselesaan, anda dinasihatkan agar mengambil Herba Maharani secara selang hari.