RESDUNG & BVSM
hmmmm... seharum , sesegar dan sewangi bunga...
hanya dapat di nikmati jika tiada masalah resdung hee...
hanya dapat di nikmati jika tiada masalah resdung hee...
Orang yang ada resdung mesti tak mampu nak menghidu dengan baik kerana hidung selalu tersumbat!!
Sesiapa yang menghidapi resdung yang teruk
pasti tahu akan kesan nya dan
ketidakselesaan nya kan..
Ok..jom kita selidik sikit pasal r.e.s.d.u.n.g
ketidakselesaan nya kan..
Ok..jom kita selidik sikit pasal r.e.s.d.u.n.g
Selamat membaca!
Apa itu resdung??
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
**Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
Tanda-Tanda Menghidap Resdung
- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
KEMUDARATAN RESDUNG (SINUSITIS)
- Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
- Jangkitan otak
- Sakit tekak yang kronik
- Jangkitan tulang muka
- Menerukkan keadaan lelah
- Berdengkur secara kronik
- Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
- Alahan hidung
- Selsema biasa yang melarat
PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:
a. Radangan pada hidung.
Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:
* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).
Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.
b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)
Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.
c. Jangkitan pada gigi geraham atas
Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.
d. Genetik
Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.