Wednesday 18 December 2013

Rahim Terbalik atau Retroverted Uterus




 Apakah rahim terbalik/ retrovert uterus?Pernah tak anda dengar mengenainya? Tahukah anda kedudukkan rahim mempengaruhi kesuburan anda? Rahim yang condong, atau tidak normal di kenali sebagai rahim terbalik, dalam nama sains dia dikenali sebagai tlipped uterus, retroverted uterus atau tilted uterus. Rahim terbalik lazim dikaitkan dengan kesukaran mengandung dan jika bersalin ia perlu menjalani kelahiran secara pembedahan.



Rahim terbalik ialah kedudukan rahim yang condong kebelakang manakala bagi rahim normal lazimnya mencondong sujud ke hadapan. Namun menurut data yang diperoleh, 20% kaum wanita didapati kedudukan rahimnya tidak condong ke belakang yang dipanggil rahim terbalik. Keadaan ini juga dikenali sebagai 'tipped uterus', 'retroverted uterus' atau tilted uterus'.

Rahim terbalik atau uterus retofleksi adalah suatu keadaan dimana puncak rahim terletak di belakang dan atau bawah rongga pinggul. Puncanya tidak dapat di kenal pasti, umumnya merupakan masalah sejak lahir. Ketika hamil tiga bulan ke atas, biasanya sukar untuk pastikan rahim terbalik atau tidak kerana rahim sudah membesar dan keluar dari rongga pinggul.

Menurut kajian, terdapat sekitar 30% wanita yang mengalami posisi  rahimnya disebut retrofleksi, atau dalam istilah umum disebut “terbalik”. Keadaan ini akan dapat dikesan jika diperiksa oleh doktor semasa memeriksa kandungan. Jika keadaan ini berlaku, sperma tidak dapat menembusi ovum kerana selepas melakukan hubungan intim cairan sperma tidak dapat menyemai benih.

Rahim Terbalik / Uterus Retrofleksi terjadi jika posisi rahim terletak membelakangi pelvis. Keadaan ini boleh terjadi kerana jatuh kebelakang atau rahim terbalik. Pada keadaan normal, rahim sebagai organ tempat bayi tumbuh dan berkembang serta terletak  condong kearah perut atau tegak terhadap pelvis.

Rahim terbalik ini terjadi jika rahim tidak pernah dikembalikan kepada posisi asal semasa kanak-kanak atau setelah dewasa. Rahim ini juga boleh terjadi kerana endometriosis atau uterine fibroid yang sama-sama menyebabkan parut atau bintil-bintil pada perubahan posisi rahim.

Tanda-tanda anda mempunyai rahim terbalik:

Biasanya keadaan ini sebenarnya tidak perlu dibimbangkan jika ia melanda diri anda. Cuma sekali-sekala ia boleh meninggalkan kesan sampingan kepada anda. Antara simptom-simptom rahim terbalik ialah:

Sakit sewaktu berhubungan bersama suami

Sewaktu melakukan hubungan suami isteri, anda akan mengalami kesakitan apabila zakar suami terkena pintu rahim (serviks) atau bahagian rahim (uterus) lantaran kedudukan rahim yang terbalik. Dalam terminologi perubatan, ia dikenali sebagai 'collision dyspareunia'.
Untuk mengelakkan rasa sakit sewaktu anda berhubungan dengan suami, anda perlu mengubah posisi semasa melakukan hubungan intim. Ini membolehkan uterus berubah posisi, dengan itu boleh melegakan rasa sakit.

Rasa sakit semasa haid

Semasa datang haid, anda akan merasa kesakitan di bahagian rahim dan sekitar pinggang. Terminologi perubatan untuk ini ialah 'dysmenorrhea'.

Sakit pinggang yang kronik

Ramai wanita mengalami sakit pinggang yang kronik. Rumusan terakhir yang boleh dibuat oleh pakar sakit puan jika ia tidak berpunca daripada sebab-sebab yang lain, ini bermakna sakit pinggang yang kronik itu adalah datangnya daripada kedudukan rahim terbalik.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika keadaan ini berlaku, anda dinasihati agar membuat pemeriksaan pelviks atau ujian scan melalui bahagian faraj yang mampu terus ke dalam uterus. Dengan cara ini kedudukannya boleh diketahui dengan jelas. 

Ada wanita yang dilahirkan memang punyai masalah rahim terbalik tetapi ada juga yg di sebabkan oleh trauma dan pertumbuan luar biasa organ peranakan. Selalunya sukar di kesan kerana gejalanya nampak biasa. Tetapi jika anda mahu kepastian boleh lakukan ujian 'pelvic examination' ataupun ujian imbasan melalui faraj yg mampu melihat hingga ke uterus, kedudukan rahim akan diketahui lebih jelas.

Kedudukan rahim terbalik boleh menyebabkan risiko perdarahan diawal kehamilan dan berisiko tinggi untuk melahirkan anak secara pembedahan. Oleh itu rawatan perlu untuk rahim terbalik. Antara rawatan yang di cadangkan doktor ialah pembedahan up-lift atau ventro-suspension. keadah ini adalah satu pembedahan yang melibatkan pemendekan atau pemanjangan ligamen-ligamen uterus supaya kembali kedudukan yang betul. cuna hirisan kecil dilakukan dan pembedahan dilakukan dengan memasukkan teropong laparoskopi. Ia merupakan surgery ringkas sehari saja tanpa perlu bermalam di hospital.


 Ada juga keadah lain seperti berikut:

1. ubat tahan sakit- memberi kelegaan sementara dan dapatkan nasihat doktor jika ingin menggunakannya

2. menukar posisi hubungan kelamin. lakukan bersama suami jika ingin bersama.

3. Pessary - alat seperti cincin di letakan dlm faraj bertujuan menyokong kedudukan rahim yang betul. Penggunaannya perlu doktor bertauliah kerana ia perlu kerap di bersihkan dan dipasang jika tidak dilakukan oleh doktor bertauliah boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ia juga dikatakan akan menggangu nikmat seks.

4. Hysterectomy - jika sakit amat teruk, baru doktor akan cadangkan ini. iaitu satu jenis pembedahan membuang rahim, ialah jalan menyelesaian terakhir. Tetapi anda masih boleh mengandung jika doktor tidak membuang organ peranakan.

Jika anda memilih teknik Up-lift, merupakan yang terbaik. anda perlu tahu kesannya. Selalunya kesakitan akan hilang dan tidak berulang lagi. Pembedahan juga tidak rumit, tempoh sembuh yang pendek. Walau bagaimanapun setiap pembedahan tetap ada risikonya antaranya kesan tindakbalas bius, pendarahan dan kerosakan organ lain. Bagaimanapun komplikasi tersebut jarang berlaku dan kebanyakannya boleh di selesaikan.

Setelah berkahwin sekian lama, pasti pasangan mahukan cahaya mata. Kawan saya adalah salah seorang yang mengalami rahim terbalik. 
Setelah mendengar luahan dari beliau yang mempunyai rahim terbalik saya men 'google' kan diri mencari apakah rahim terbalik. Rupanya orang yang mempunyai masalah rahim terbalik agak susah untuk hamil kerana air mani yang masuk melalui faraj wanita akan keluar kembali dan tidak sampai ke ovum. Dalam hal ini para suami harus memainkan peranan yang penting kerana sperma yang kuat dan laju memainkan peranan yang penting disamping posisi seks yang sesuai. 
Namun perlu diingatkan usaha, doa dan tawakal juga memainkan peranan yang penting untuk mengandung kerana setiap rezeki adalah daripadaNya.





No comments:

Post a Comment